Ahad, 1 Januari 2012

Bab 26 ; Stesen Radio Anti Justin Bieber?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Korang-korang~

Pergghhh,,, untuk entri kali nih kompem peminat-peminat Justin Bieber mesti menyirap giler...

"WEHH,,PESAL LAK KO NAK ANTI-ANTI SANGAT KAT BIEBER KITORANG AH STESEN RADIO?!! BAKAR KANG BARU TAU!!!",,

ni lah reaksi yang terngiang2-ngiang dalam fikiran aku...tak tau la betul-betul ade ke peminatnye yang akan kata camnih,, atau yang takde reaksi pape pon,, atau yang fikir tak penting pon tulis entri nih(sigh) ataupon ade yang bagi reaksi lagi GANAZ dari nih..haha =D

aku nampak pon kat belakang teksi yang bergerak depan aku.. nih r rupe teksi tuh..


aku first-first nampak pon terkejut...Apa Senggama lak stesen radio nih? bagi slogan "Bieber-Free Music" nih? bapak statement menghina giler...korang pon paham-paham je lah maksud die.."Musik Tanpa Bieber" lau translate BM...

aku yang memang bukan peminat Justin Bieber nih memang takde feeling sedih ke marah ke hape.. cume terkejut.. haha...

then aku balek umah,, aku pegi tanye pakcik Google,, "Pakcik..pakcik..tolong bagitau stesen radio ape BFM 89.9 tuh..plez..plez.."..camtu sekali aku tanye pakcik Google..then die pon bagi lah link soh aku bukak.. bukak-bukak jer terus aku terkejut,, tergelak serta terkentot.. bukan aper,, ni r ape yang aku nampak..

rupe-rupenya maksud BFM tu Business FM,, bukan Bieber Free Music sebenarnye...diorang saje je maen letak slogan camtu sebab name si Bieber tu mula dengan B an..haha..adoi serius kelakar aku tengok...

so kesimpulannya stesen radio nih cume adalah stesen radio bisnes biasa je,, yang hanya memutarkan berita-berita pasal bisnes dan tidak menyiarkan muzik langsung...bukannye stesen radio yang anti justin bieber ker,,anti justin bibir ke,, maupun anti justin bubur ke..hehe..

dan salah satu sebab nama bieber dipetik mungkin sebab bieber adalah penyanyi,, dan bile dikatekan "Tiada Bieber/Bieber Free" itu,, ia dah menunjukkan stesen ini tidak menyiarkan lagu..

p/s : so,, all the bieberz fanatix kat luar tuh da leh menghirup udara segar balek sebab bieber anda tidak dianiayai..hehe..

Bab 25 : Menghilangkan Kesan Kotor Pada Seterika

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Korang-korang~

Korang mesti pernah atau selalu kena seterika rumah korang ade kesan terbakar an? pastu risau lau gosok baju nanti kesan kotor die kena kat baju pulak an?

Haa,,ni ade sikit tips untuk bersihkan seterika korang tuh,, dah-dah jangan kikis-kikis lak seterika tu,, takkan hilang punye.. Gune cara nih :-

"Taburkan sedikit garam halus ke atas kertas tisu,, kemudian gosok pada tapak yang kotor itu. Lakukan beberapa kali dan anda akan dapati kotoran akan hilang."

Ataupun kalau dah malas nak bersihkan seterika tu,, buat jadik kuali leper cam kat atas nih pon boleh..hehe =P
So,, let's try it !  =)

Bab 24 : Apa Tu Bubuzela dan Air Horn ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Korang-korang~

Entri kali nih aku wat lepas aku dengar name due menantang nih dari member aku, Fet, ... kitorang ri tu saje sembang-sembang kosong pasal bola sepak..memang nampak pelik sebab kitorang berdua nih memang bukan peminat tegar bola sepak pon..tak kire r dalam or luar negara... ntah nape ri tu leh lak kitorang 'ter'sembang pasal bola...haha =D

Time sembang tu lah die cakap pasal bubuzela ngan air horn nih..aku memang x pernah dengar due benda nih..air horn tuh cam da leh bayangkan rupe die,,tapi BUBUZELA? nope,,tak pernah dengar dan tak dapat bayang..die cakap due mende nih penonton kat stadium bawak untuk bagi sokongan atau dalam erti kata lainnya buat bising..so aku nekad balek umah nak tanya pakcik Google..tapi haram pemalas giler nak carik..sekarang nih baru teringat nak terhegeh-hegeh kejar pakcik Google nak tanye..

Bubuzela

Bubuzela atau name asalnye Vuvuzela,,atau nama lagi saintifiknye lepatata Mambu(dalam bahasa Tswana-bahasa orang Afrika Selatan), dikenali di Afrika Selatan sebagai hon plastik, berukuran 65 sentimeter(2 kaki) panjang, yang akan menghasilkan not monotone yang tinggi, selalunye tone B3(not musik).

Bubuzela
Sesetengah  model dibuat daripada 2 bahagian untuk  memudahkan penyimpanan, dan rekaan ini juga membolehkan variasi 'pitch'. Banyak jenis vuvuzela, dibuat oleh sesetangah pengeluar, boleh menghasilkan pelbagai intensiti dan output frekuensi. Intensiti pada output yg dkeluarkan bergantung kepada teknik tiupan dan tekanan yang disertakan.

Buatan tradisional/tangan dan diinspirasi daripada tanduk kudu(sejenis antelop-kijang), vuvuzela dulunya digunakan untuk menyeru penduduk kampung dari jauh untuk menghadiri perjumpaan masyarakat setempat.

Vuvuzela digunakan di kebanyakan perlawanan bola sepak di Afrika Selatan, dan sudah menjadi simbol bola sepak Afrika Selatan di mana stadium dipenuhi dengan bunyi bising dan serak, menunjukkan kemeriahan penyokong-penyokong. Kemeriahan bunyi menarik perhatian komuniti bolasepak sedunia semasa Piala Konfederasi FIFA 2009, dalam debaran di mana Afrika Selatan menjadi tuan rumah  Piala Dunia FIFA 2010.

Vuvuzela sudah menjadi subjek kontroversi bila digunakan oleh penyokong perlawanan bola sepak. Tahap tekanan bunyi yang tinggi,tekanan bunyi 120dB(A) (tahap kesakitan telinga) pada jarak 1 meter(3.3 kaki) daripada alat tersebut boleh membawa kepada kehilangan pendengaran seketika jika terdedah kepada telinga. FIFA dikhabarkan kini melarang penggunaan bubuzela di dalam stadium.


Air Horn














Air Horn ataupun Hon Udara adalah satu alat yang direka untuk menghasilkan bunyi yang sangat kuat. Ia dihasilkan oleh tekanan udara melalui injap yang membolehkan alat untuk dibuka atau ditutup.

Air Horn sudah lama dipasang pada treler, trak, trak bomba dan sesetengah ambulan. Ia juga digunakan dalam latihan sebagai alat amaran dan kapal sebagai alat memberi arahan.

Air Horn digunakan untuk pelbagai kegunaan seperti pada kenderaan(trak-trak),, keretapi,, sukan(lumba lari,boxing),, kegunaan sendiri (seperti pada perlawanan bola),,dan budaya popular(seperti dalam kebanyakan rancangan lawak dan musik reggae).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...