Entri kali nih aku wat lepas aku dengar name due menantang nih dari member aku, Fet, ... kitorang ri tu saje sembang-sembang kosong pasal bola sepak..memang nampak pelik sebab kitorang berdua nih memang bukan peminat tegar bola sepak pon..tak kire r dalam or luar negara... ntah nape ri tu leh lak kitorang 'ter'sembang pasal bola...haha =D
Time sembang tu lah die cakap pasal bubuzela ngan air horn nih..aku memang x pernah dengar due benda nih..air horn tuh cam da leh bayangkan rupe die,,tapi BUBUZELA? nope,,tak pernah dengar dan tak dapat bayang..die cakap due mende nih penonton kat stadium bawak untuk bagi sokongan atau dalam erti kata lainnya buat bising..so aku nekad balek umah nak tanya pakcik Google..tapi haram pemalas giler nak carik..sekarang nih baru teringat nak terhegeh-hegeh kejar pakcik Google nak tanye..
Bubuzela
Bubuzela atau name asalnye Vuvuzela,,atau nama lagi saintifiknye lepatata Mambu(dalam bahasa Tswana-bahasa orang Afrika Selatan), dikenali di Afrika Selatan sebagai hon plastik, berukuran 65 sentimeter(2 kaki) panjang, yang akan menghasilkan not monotone yang tinggi, selalunye tone B3(not musik).
Bubuzela |
Buatan tradisional/tangan dan diinspirasi daripada tanduk kudu(sejenis antelop-kijang), vuvuzela dulunya digunakan untuk menyeru penduduk kampung dari jauh untuk menghadiri perjumpaan masyarakat setempat.
Vuvuzela digunakan di kebanyakan perlawanan bola sepak di Afrika Selatan, dan sudah menjadi simbol bola sepak Afrika Selatan di mana stadium dipenuhi dengan bunyi bising dan serak, menunjukkan kemeriahan penyokong-penyokong. Kemeriahan bunyi menarik perhatian komuniti bolasepak sedunia semasa Piala Konfederasi FIFA 2009, dalam debaran di mana Afrika Selatan menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2010.
Vuvuzela sudah menjadi subjek kontroversi bila digunakan oleh penyokong perlawanan bola sepak. Tahap tekanan bunyi yang tinggi,tekanan bunyi 120dB(A) (tahap kesakitan telinga) pada jarak 1 meter(3.3 kaki) daripada alat tersebut boleh membawa kepada kehilangan pendengaran seketika jika terdedah kepada telinga. FIFA dikhabarkan kini melarang penggunaan bubuzela di dalam stadium.
Air Horn
Air Horn ataupun Hon Udara adalah satu alat yang direka untuk menghasilkan bunyi yang sangat kuat. Ia dihasilkan oleh tekanan udara melalui injap yang membolehkan alat untuk dibuka atau ditutup.
Air Horn sudah lama dipasang pada treler, trak, trak bomba dan sesetengah ambulan. Ia juga digunakan dalam latihan sebagai alat amaran dan kapal sebagai alat memberi arahan.
Air Horn digunakan untuk pelbagai kegunaan seperti pada kenderaan(trak-trak),, keretapi,, sukan(lumba lari,boxing),, kegunaan sendiri (seperti pada perlawanan bola),,dan budaya popular(seperti dalam kebanyakan rancangan lawak dan musik reggae).
2 ulasan:
try la pasang kat moto hang pulak.
ko psg air horn rupenye kt moto ko...baru ak tau...
Catat Ulasan